Butir-butir Agensi Kerajaan Australia
Suruhanjaya Perdagangan Australia (Austrade)
Austrade merupakan agensi berkanun Kerajaan Australia yang mempunyai misi untuk menyokong perniagaan Australia dalam membangun perdagangan dan perniagaan antarabangsa. Agensi ini melakukan demikian dengan memberi nasihat, risikan pasaran dan panduan mengenai pelaburan luar negara dan peluang usaha sama. Agensi ini juga menangani pertanyaan pelaburan dalaman, dan menawarkan bantuan yang komprehensif dan sulit.
Tel: 13 28 78
Web: www.austrade.gov.au
AusIndustry
AusIndustry merupakan agensi Kerajaan Australia untuk penyampaian keluaran, program, perkhidmatan dan maklumat yang menyokong industri, penyelidikan dan inovasi.
Tel: +61 8 8941 6261
Faks: +61 8 8941 5603
Web: www.ausindustry.gov.au
Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia
ASIC merupakan pentadbir perkhidmatan korporat, pasaran dan kewangan Australia. ASIC menyumbang kepada reputasi dan kesejahteraan ekonomi Australia dengan memastikan pasaran kewangan Australia adalah adil dan telus, disokong oleh pelabur dan pengguna yang yakin dan termaklum.
ASIC merupakan lembaga Kerajaan Komanwel yang bebas. ASIC ditubuhkan di bawah dan ditadbir oleh Akta Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (Akta ASIC), dan menjalankan kebanyakan usaha kami di bawah Akta Syarikat.
Tel: 1300 300 630
Dari Luar Negara: +61 3 5177 3988
Faks: +61 3 5177 3999
Perkhidmatan Jurubahasa Telefon: 131 450
Web: www.asic.gov.au
Lembaga Kaji Ulang Pelaburan Asing
Lembaga ini mengkaji usul oleh pihak asing untuk melakukan pelaburan langsung di Australia dan membuat cadangan kepada Kerajaan mengenai sama ada usul tersebut sesuai untuk diluluskan di bawah dasar Kerajaan.
Tel: +61 2 6263 3795
Faks: +61 2 6263 2940
Web: www.firb.gov.au
Pejabat Cukai Australia
Pejabat Cukai Australia merupakan agensi pemungutan hasil utama Kerajaan, dan merupakan sebahagian daripada portfolio Menteri Kewangan. Peranan Pejabat Cukai Australia adalah untuk mengurus dan membentuk sistem cukai, eksais dan wangpersaraan yang mendanai perkhidmatan untuk warga Australia.
Tel: +61 2 6216 1111
Faks: +61 2 6216 2830
Web: www.ato.gov.au
Suruhanjaya Persaingan & Pengguna Australia
Suruhanjaya Persaingan & Pengguna Australia menganjurkan persaingan dan perdagangan adil di pasaran untuk faedah pengguna, perniagaan dan masyarakat. Suruhanjaya ini juga mengawal perkhidmatan infrastruktur negara. Tanggungjawab utama suruhanjaya ini ialah memastikan individu dan perniagaan mematuhi undang-undang Komanwel untuk persaingan, perdagangan adil dan perlindungan pengguna.
Tel: +61 8 8946 9666
Faks: +61 8 8946 9600
Web: www.accc.gov.au
Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan
Tujuan Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan (DIAC) ialah memperkaya Australia melalui kemasukan serta penetapan orang, yang diurus dengan baik '.
Tel: Lawati laman web untuk menghubungi pejabat tempatan anda.
Faxl: Lawati laman web untuk menghubungi pejabat tempatan anda.
Web: www.immi.gov.au








