Butir-butir Agensi Kerajaan NT
Kerajaan Northern Territory
Tel: +61 8 8999 5511
Jabatan Perniagaan dan Pekerjaan
Jabatan ini menyokong perniagaan baru dan sedia ada di Northern Territory melalui perkhidmatan seperti Pusat Perniagaan Wilayah dan program Peningkatan Kemahiran. Jabatan ini juga bertumpu pada memastikan perniagaan-perniagaan mempunyai tenaga kerja yang mencukupi melalui program yang melibatkan penarikan pekerja dari negeri lain dan luar negara, menyediakan sokongan untuk program pekerjaan Penduduk Asli dan memastikan kerajaan memahami keperluan perniagaan dan industri yang semasa dan sedang muncul.
Tel: +61 8 8999 5091 Faks: +61 8 8999 5106
E-mel: investment.dbe@nt.gov.au
Web: www.nt.gov.au/dbe
Jabatan Ketua Menteri
Jabatan Ketua Menteri menyokong Ketua Menteri dan kerajaan dalam pembangunan ekonomi dan dalam pembangunan Northern Territory yang berkeyakinan, tetap tumbuh dan bersepadu dari segi sosial.
Tel: +61 8 8946 9555
Faks: +61 8 8946 9556
E-mel: dcm.info@nt.gov.au
Web: www.dcm.nt.gov.au
Kementerian Kewangan Northern Territory
Kementerian Kewangan menyediakan nasihat dasar dan perkhidmatan pakar fiskal, ekonomi dan komersial yang pakar kepada Kerajaan Northern Territory untuk membantu kerajaan tersebut menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur bagi faedah penduduk Northern Territory.
Tel: +61 8 8999 7406
Faks: +61 8 8999 7150
E-mel: NTTreasury.NTT@nt.gov.au
Web: www.nt.gov.au/ntt
Jabatan Kehakiman
Jabatan Kehakiman menggabungkan semua unsur sistem kehakiman awam kecuali polis dan juga mempunyai peranan kawal selia yang kukuh. Jabatan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membangun Northern Territory yang selamat, adil dan saksama.
Tel: +61 8 8935 7777
Faks: +61 8 8935 7779
Web: www.nt.gov.au/justice
Syarikat Power and Water
Power and Water merupakan pembekal utama di Northern Territory untuk elektrik, air dan saliran. Syarikat ini mempunyai rekod prestasi terbukti dalam penjanaan elektrik, penghantaran tenaga dan rangkaian pengedaran, perkhidmatan air dan saliran, perkhidmatan luar bandar dan kawasan terpencil serta perkhidmatan runcit.
Tel: +61 8 8923 4681
Web: www.nt.gov.au/powerwater
Jabatan Pembinaan dan Infrastruktur
Jabatan ini memainkan peranan utama dalam perancangan, pembinaan dan penjagaan infrastruktur kerajaan di seluruh Northern Territory.
Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk pembinaan semua Perumahan Pekerja Kerajaan dan perumahan sosial sebagai agensi untuk Jabatan Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perkhidmatan Kawasan.
Tel: +61 8 8999 4620
Web: www.nt.gov.au/infrastructure
Jabatan Tanah dan Perancangan
Jabatan Tanah dan Perancangan Northern Territory bertanggungjawab membangun serta memberi perancangan strategik dan rangka kerja pertumbuhan, strategi-strategi dan rancangan infrastruktur yang diperlukan untuk membangunkan Northern Territory secara mapan.
Bidang tumpuan yang penting termasuk analisis komprehensif pola pertumbuhan untuk membantu memberi maklumat untuk pembuatan keputusan oleh kerajaan, rancangan penggunaan tanah strategik untuk kawasan metropolitan Darwin, program pembebasan tanah kediaman dan industri di seluruhmerentasi Northern Territory, perancangan untuk Bandar Weddell dan rangka kerja pengangkutan yang baru menurut kawasan.
Tel: +61 8 8999 5511
Web: www.nt.gov.au/dlp
Jabatan Pendidikan dan Latihan
Jabatan ini menyediakan dan mempromosikan pendidikan dan latihan bermutu untuk penduduk Northern Territory dan menggaji 4,500 orang di seluruh Northern Territory, termasuk 3,800 guru, guru besar dan kakitangan sekolah yang lain. Jabatan ini juga sedang berusaha meningkatkan akses ke lintasan latihan untuk penduduk Northern Territory bagi membina atau mengembangkan kemahiran mereka.
Tel: +61 8 8999 5659
E-mel: infocentre.det@nt.gov.au
Web: www.det.nt.gov.au
Jabatan Sumber Semula Jadi, Persekitaran, Kesenian dan Sukan
Jabatan ini bertanggungjawab untuk memelihara, meningkatkan dan memastikan akses dan kenikmatan untuk aset semula jadi dan aset kebudayaan Northern Territory. Ini termasuk hidupan dan habitat liar, sumber semula jadi yang boleh diperbaharui termasuk air dan landskap semula jadi, bangunan dan tempat bersejarah, koleksi saintifik dan kebudayaan serta promosi dan pembangunan masyarakat kreatif.
Tel: +61 8 8924 4218
Web: www.nt.gov.au/nreta
Jabatan Sumber
Jabatan Sumber (DoR) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk penggunaan optimum sumber ikan, industri primer, bahan galian dan tenaga Northern Territory dan membantu dalam pembangunan industri dalam sektor-sektor ekonomi yang amat penting ini.
Tel: +61 8 8951 8111
Web: www.nt.gov.au/d
Jabatan Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perkhidmatan Kawasan
Jabatan Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perkhidmatan Kawasan memainkan peranan penting di Northern Territory kerana tanggungjawab jabatan ini mempengaruhi mutu hidup semua penduduk Northern Territory.
Tanggungjawab ini termasuklah perumahan, kerajaan tempatan, pentadbiran dan perkhidmatan Penduduk Asli, keselamatan air, kebajikan haiwan dan peranan penting di semua Kawasan NT melalui pejabat kawasan di empat lokasi.
Tel: +61 8 8999 8802
Web: www.dhlgrs.nt.gov.au
Tourism NT
Tourism NT memasarkan dan mempengaruhi pembangunan Northern Territory sebagai suatu destinasi pelancongan yang berdaya saing dan menambat minat, dan bekerjasama dengan rakan kongsi industri pelancongan dan pihak berkepentingan untuk mencapai hasil-hasil ini.
Tel: +61 8 8999 3900
Faks: +61 8 8999 3888
Web: www.tourismnt.com.au
Syarikat Pelabuhan Darwin
Suatu bahagian perniagaan Kerajaan Northern Territory, syarikat ini bertanggungjawab untuk pengurusan dan operasi Pelabuhan Darwin. Jabatan ini juga memberi sokongan kepada industri laut, pembangunan dan pengurusan Presint Dermaga Darwin untuk pelancongan dan rekreasi serta peruntukan kemudahan pelabuhan dan penerimaan untuk kapal persiaran dan kapal laut.
Tel: +61 8 8922 0660
Faks: +61 8 8922 0666
E-mel: darwinport.dpa@nt.gov.au
Web: www.darwinport.nt.gov.au
Syarikat Pembangunan Tanah
Syarikat ini merupakan pembangun tanah industri Kerajaan Northern Territory yang terkemuka. Jabatan ini memacu pembangunan tanah industri strategik, yang merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan ini dan menempatkan Northern Territory dan industri negeri ini bagi memanfaatkan projek industri besar yang sedang akan bermula atau dipercepat.
Syarikat ini memberi perniagaan akses mudah ke tanah industri yang berlokasi strategik dan menawarkan pilihan saiz lot yang telah diratakan dan dihubungkan dengan bekalan elektrik dan air.
Tel: +61 8 8944 0900
Faks: +61 8 8944 0916
E-mel: landdevcorp@nt.gov.au
Web: www.ldc.nt.gov.au
Lembaga Perlindungan Kawasan Penduduk Asli
Lembaga Perlindungan Kawasan Penduduk Asli merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Tapak Suci untuk mentadbir perlindungan tapak suci di Northern Territory secara bebas daripada Kerajaan Northern Territory. Akta Tapak Suci dianggap sebagai perundangan alaman terbaik untuk perlindungan tapak suci Penduduk Asli.
Tel: +61 8 8981 4700
Faks: +61 8 8981 4169
E-mel: enquiries.aapa@nt.gov.au
Web: www.nt.gov.au/aapa








