Penghijrahan Perniagaan dan Berkemahiran
Membina populasi Northern Territory dan meningkatkan asas kemahiran merupakan keutamaan bagi Kerajaan Northern Territory. Selain daripada menyediakan latihan dan peluang pekerjaan untuk warga Northern Territory, kerajaan telah menerapkan Strategi Penghijrahan Perniagaan dan Berkemahiran untuk meningkatkan bilangan penghijrah berkemahiran yang memilih Northern Territory sebagai tempat untuk menetap, bekerja dan menubuhkan perniagaan.
Northern Territory mempunyai status ‘luar bandar’ bagi tujuan penghijrahan, yang membolehkan penyertaan dalam program penghijrahan luar bandar di mana konsesi disediakan.
Jabatan Perniagaan dan Pekerjaan merupakan badan pengesahan sekawasan untuk penghijrahan bagi Northern Territory.
Perkhidmatan Penghijrahan Perniagaan dan Berkemahiran Jabatan ini:
- memberi maklumat dan sokongan kepada majikan di Northern Territory berkenaan dengan isu-isu penghijrahan perniagaan dan berkemahiran
- mengesahkan pencalonan untuk penajaan daripada majikan , ahli perniagaan dan bakal penghijrah Northern Territory di bawah skim khusus kawasan dan negeri/wilayah
- meningkatkan kesedaran di Northern Territory tentang skim penghijrahan perniagaan dan berkemahiran
- mempromosikan Northern Territory sebagai destinasi penghijrahan
- memberi maklumat penempatan kepada penghijrah ke Northern Territory
- bekerja dengan Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan Australia untuk menentukan keperluan Northern Territory sehubungan dengan dasar perniagaan dan penghijrahan berkemahiran.
Perkhidmatan Penghijrahan Perniagaan dan Berkemahiran juga menawarkan:
- ulasan bagi wakil yang melawat dari luar negara, tentang skim penghijrahan perniagaan dan berkemahiran serta kelayakan
- peruntukan jemputan/surat sokongan untuk ahli perniagaan/bakal pelabur dari luar negara yang memohon visa untuk mengambil bahagian dalam lawatan perniagaan ke Northern Territory
- bantuan bagi isu-isu visa dengan perwakilan luar negara Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan
- rujukan kepada perkhidmatan jabatan atau kerajaan yang lain.
Fakta-fakta Utama
Northern Territory meningkatkan bahagian dalam program penghijrahan perniagaan dan berkemahiran luar negara Australia daripada 0.29% pada tahun 2004-05 ke 0.61% pada tahun 2007-08.
Data yang diterbitkan oleh Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan untuk tahun 2007-08 menunjukkan peningkatan sebanyak 45% dalam tambahan pemastautin tetap dari luar negara ke Northern Territory: daripada 914 pada tahun 2004-05 ke 1326 pada tahun 2007-08.
Skim visa utama yang disertai oleh Northern Territory ialah:
- Skim Visa Tajaan Majikan – Skim Penghijrahan Tajaan Luar Bandar merupakan skim visa konsesi yang membenarkan majikan luar bandar menaja pekerja berkemahiran dari luar negara untuk mastautin tetap bagi mengatasi kekurangan kemahiran. Pencalonan disahkan oleh Jabatan Perniagaan dan Pekerjaan.
- Visa Kemasukan Perniagaan Kunjungan Lama Sementara Subkelas 457membenarkan majikan menaja pekerja berkemahiran dari luar negara secara sementara sehingga tempoh 4 tahun jika kemahiran yang berkenaan tidak dapat ditemui dalam pasaran buruh tempatan. Konsesi tersedia bagi majikan luar bandar untuk pengecualian gaji dan kemahiran, dan memerlukan pengesahan oleh Jabatan Perniagaan dan Pekerjaan. (Bermula 14 September 2009, tiada aturan khusus di bawah program visa subkelas 457 untuk majikan di kawasan luar bandar di seluruh Australia.)
Tajaan NT
Tajaan NT membolehkan pemohon mendapat faedah daripada syarat kelayakan rendah yang tersedia bagi semua subkelas visa tajaan negeri/wilayah serta skim khusus luar bandar dan negeri.
Skim Tajaan Northern Territory Berkemahiran membolehkan pencalonan oleh Northern Territory untuk penajaan pekerja berkemahiran dari luar negara yang mencapai sekurang-kurangnya 100 mata dalam ujian mata penghijrahan berkemahiran am . Pemohon yang berjaya diberi visa sementara selama tiga tahun. Untuk layak memohon mastautin tetap, pemegang visa SRS mesti memenuhi syarat menetap selama 24 bulan di luar bandar/bekerja selama 12 bulan.
Skim Visa Tajaan Berkemahiran membolehkan pencalonan pekerja berkemahiran dari luar negara oleh Northern Territory, yang telah mencapai sekurang-kurangnya 100 mata dalam ujian mata penghijrahan berkemahiran am untuk berhijrah ke Australia (mastautin tetap Australia).
Skim Kemasukan Kemahiran Perniagaan membolehkan pemilik perniagaan, eksekutif kanan atau pelabur luar negara untuk memohon visa penghijrahan perniagaan sementara. Pemegang visa kemahiran perniagaan (sementara) boleh memohon mastautin tetap setelah membuktikan kegiatan perniagaan/pelaburan yang berjaya di Australia, berdasarkan syarat-syarat kelayakan. Tajaan oleh Northern Territory boleh ditawarkan untuk visa sementara dan mastautin di bawah skim ini.
Northern Territory juga boleh menaja penghijrah perniagaan berkaliber di bawah kategori bakat perniagaan (penghijrah) dalam skim Kemasukan Kemahiran Perniagaan, yang membolehkan mastautin tetap serta-merta.
Visa persaraan pelabur, suatu subkelas visa skim Kemasukan Kemahiran Perniagaan, adalah untuk pesara yang ditaja sendiri dan berupaya melakukan pelaburan sendiri dalam Bon Kementerian Kewangan.
Maklumat Lanjut
Business and Skilled Migration
GPO Box 9988
Darwin NT 0801
Tel: +61 8 8999 5264
Faks: +61 8 8999 6096
E-mel: migration.dbe@nt.gov.au
Web: www.migration.nt.gov.au








