Mengenai Northern Territory Australia
Northern Territory (NT) terdiri daripada tanah seluar 1,346,200 km2. Ini merupakan negeri yang ketiga terbesar selepas Western Australia dan Queensland, namun mempunyai jumlah penduduk terkecil dan kepadatan penduduk yang terendah. Bandar terbesar di NT ialah Darwin, yang terletak di pantai utara Australia, 12 darjah di bawah khatulistiwa. Darwin sama dekat dengan Singapura dan Manila seperti dengan Sydney dan Melbourne.
Bandar raya Darwin merupakan pusat komersial dan pentadbiran Northern Territory. Alice Springs ialah pusat penduduk luar bandar terbesar di luar Darwin dan tapak kegiatan pelancongan penting di Wilayah Tengah. Perlombongan, pelancongan dan pertahanan merupakan penyumbang besar kepada ekonomi NT.
Kawasan utara NT dikenali sebagai Top End (Hujung Atas) dan mempunyai dua musim rasmi. Musim tengkujuh berlaku antara bulan Oktober dan April dan mempunyai kelembapan tinggi serta hujan monsun yang lebat sementara musim kemarau bermula dari bulan Mei hingga September. Berlainan pula, kawasan tengah dan selatan, wilayah NT menampilkan landskap, flora dan fauna serta keadaan iklim yang sangat berbeza. Pada amnya, wilayah selatan agak kering selama sebahagian besar tahun dan mengalami musim dingin yang lebih sejuk dan musim panas yang kering dan hangat.
Sumber: Biro Statistik Australia (Biro Statistik Australia)
Peta ini berfungsi paling baik dengan sambungan internet berkelajuan tinggi. Klik pada setiap kawasan untuk maklumat lanjut mengenai Northern Territory.

Peta yang tersedia di sini telah disediakan oleh Jabatan Tanah dan Perancangan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.








